PPBM buka cawangan di Sarawak, dirasmikan malam ini 1 5816

Kuching: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akhirnya ‘diterima masuk’ ke Sarawak apabila majlis penubuhan cawangan parti itu dijadualkan berlangsung hari ini.

Dijadualkan berlangsung di Bangunan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), di sini pada jam 7.30 malam ini, majlis itu sebagai simbolik parti berkenaan menerima sokongan rakyat negeri ini.

Malah, penubuhan cawangan parti itu turut dilihat mewujudkan lebih banyak pilihan kepada rakyatnya, terutama dalam kalangan Bumiputera untuk mewakili suara mereka, yang selama ini cuma bergantung kepada Parti Bumiputera Bersatu (PBB) selaku parti tunjang Gabungan Parti Sarawak (GPS)

Walaupun PPBM bertapak di Semenanjung, namun cawangannya dianggotai anak jati Bumi Kenyalang yang mahu berjuang membela hak Sarawak dalam lingkungan politik lebih strategik selepas kekalahan BN di peringkat Pusat.

Kemasukan PPBM juga seiring dengan rakan komponennya dalam PH seperti DAP, PKR dan Amanah yang sudah lama bertapak di Sarawak.

Dari segi politik, PPBM tidak mahu ketinggalan sekali gus mempengaruhi pembahagian kerusi PH sendiri, sekali gus menambahkan lagi kemeriahan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) yang dijangka diadakan dua tahun lagi.

Sarawak satu-satunya negeri di luar Semenanjung yang memiliki cawangan PPBM selepas kepemimpinan parti itu memutuskan tiada cawangannya ditubuhkan di Sabah kerana negeri itu kini di bawah penguasaan Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang mengisytiharkan mereka sebagai ‘parti sahabat’ PH. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. Assalammualaikum saya mohd syukri saya ingin sertai parti PPBM untuk memohon jadi ahli PPBM terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13397

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8128

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news