Kematian Mahadzir tiada unsur jenayah 0 5546

Mahadzir Lokman

KOTA KINABALU – Polis Sabah mengesahkan kematian pengacara tersohor negara, Datuk Mahadzir Lokman tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, mangsa berusia 61 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri kira-kira pukul 9 pagi di Hotel Shangrila Tanjung Aru di sini hari ini.

Menurut Ramli, hasil pemeriksaan pasukan polis di lokasi mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah.

“Mangsa telah menginap di hotel sejak 31 Julai lalu bersama kenalan. Kali terakhir mereka berjumpa pada pukul 10.40 malam semalam selepas selesai makan malam.

“Difahamkan, mangsa sempat mengucapkan ucapan Selamat Pagi di kumpulan WhatsApp kira-kira pukul 5 pagi hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ramli berkata, pekerja hotel terpaksa membuka pintu bilik mangsa selepas dia gagal dihubungi.

Mahadzir disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth dekat sini.

“Mangsa berkemungkinan meninggal dunia akibat sakit yang pernah dialaminya. Walau bagaimanapun siasatan terperinci akan dilakukan,” ujar Ramli. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13479

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8145

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news