Kerajaan akan siasat budak perempuan 11 Tahun berkawin – TPM 0 5533

ALOR SETAR: Kerajaan akan menyiasat secara menyeluruh berhubung isu budak perempuan berusia 11 tahun yang didakwa berkahwin dengan lelaki berumur 41 tahun dari Gua Musang, Kelantan di Thailand, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata telah menerima laporan berhubung kes itu dan mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan maklumat lanjut dengan bertemu ibu budak perempuan itu.

“Buat masa ini, siasatan secara menyeluruh perlu dilakukan kerana ia melibatkan Enakmen Undang-Undang Syariah negeri.

“Selain itu, kita kena ambil kira semua aspek mengapa ia berlaku. Adakah ia disebabkan oleh masalah kemiskinan, pendidikan, kekeluargaan mahupun masalah lain yang berada di sekeliling budak terbabit,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah/Anak Bukit di sini, semalam.

Kes perkahwinan lelaki berumur 41 tahun dengan budak perempuan 11 tahun itu tular di laman sosial semalam selepas perkara itu dikongsi isteri kedua lelaki terbabit.

Lelaki terbabit didakwa bernikah dengan budak perempuan itu di Thailand pada 4 Syawal lepas (18 Jun) dan hanya diketahui isterinya itu, yang berumur 34 tahun, selepas dimaklumkan rakannya yang berkongsi foto perkahwinan suaminya.

Sementara itu, semasa diminta mengulas mengenai tindakan pembekuan akaun UMNO oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang didakwa sesetengah pihak sebagai satu ‘pembulian’ terhadap parti itu, Dr Wan Azizah menjelaskan bahawa perkara itu dijalankan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Kalau ini proses SPRM, kenalah ikut prosedur operasi standard…kalau tak ada apa-apa, tak dibekukan.

Tapi kalau ada apa-apa, mestilah disiasat. Kalau jumpa berjuta-juta, mestilah siasat, kata beliau.

Sementara itu, Dr Wan Azizah, dalam satu kenyataan, menzahirkan rasa terharu dengan rakyat Malaysia yang begitu peka dan responsif dengan isu berkenaan.

Menegaskan bahawa kerajaan akan mengkaji kelompongan yang wujud dalam undang-undang sedia ada bagi memastikan kedaulatan undang-undang di negara ini adalah undang-undang terbaik bagi semua, beliau berkata kerajaan juga akan memastikan tidak ada diskriminasi atau penindasan terhadap mana-mana pihak termasuk kanak-kanak.

Kerajaan bersungguh dalam memastikan sistem perundangan di negara kita bersifat adil dan melindungi hak dan kehormatan semua pihak, katanya.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13485

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8147

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news