Kerajaan Negeri salurkan RM6 juta untuk pembangunan di kawasan Parlimen BN 0 5491

KUCHING: Para pengundi dan penduduk di kerusi Parlimen yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu tidak perlu risau.

Pembangunan di 19 kawasan Parlimen berkenaan tidak akan terjejas kerana peruntukan sebanyak RM6.2 juta akan disalurkan kepada mereka.

BN kalah di peringkat persekutuan apabila hanya memenangi 79 kerusi dalam PRU lalu menyebabkan Ahli Parlimen dari Sarawak kini menjadi pembangkang di Dewan Rakyat.

Menurut amalan BN sebelum ini, Ahli Parlimen pembangkang tidak diberi sebarang peruntukan.

Tidak pula dapat dipastikan dasar yang akan diambil oleh Kerajaan Pakatan Pembangkang di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sama ada akan mengubah dasar berkaitan atau mengekalkannya. 

Dalam PRU-14, BN memenangi 19 daripada 31 kerusi yang ditandingi.

Sepuluh kerusi lagi dimenangi Pakatan Harapan manakala dua lagi kerusi dimenangi calon Bebas.

Namun calon Bebas Lubok Antu dan Julau telah menyertai Pakatan Harapan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, jumlah RM6.2 juta itu sama dengan peruntukan yang disalurkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri.

Abang Johari berkata, peruntukan tersebut meliputi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan penyelenggaran pusat khidmat.

Katanya, daripada peruntukan itu, RM5 juta adalah untuk RTP, RM1 juta  untuk MRP dan RM250,000 untuk pusat khidmat

Beliau berkata demikian kepada media selepas di satu majlis di sini semalam. –Sarawakvoice 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13508

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news