Kerajaan Negeri Sarawak Luluskan RM34.5 Juta Bagi Pembangunan Bahagian Betong 0 3580

BETONG – Sejumlah kira-kira RM34.5 juta telah diluluskan Kerajaan Sarawak bagi pembangunan Bahagian Betong termasuk kawasan Bukit Saban menerusi pelbagai projek yang telah dan akan dilaksanakan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata daripada jumlah yang direkodkan, Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan berjumlah RM20 juta untuk pembangunan pertanian.

“Kerajaan juga melihat keperluan untuk membasmi kemiskinan di bawah projek membaiki rumah dan meluluskan RM1 juta.

Selain itu dalam rangsangan yang sama turut meluluskan RM2.5 juta untuk penyambungan elektrik kepada penduduk yang masih belum menerima kemudahan tersebut termasuk mereka yang baharu mendirikan rumah.

“Keperluan masih ditagih dan amat memerlukan perhatian serta sering mengundang masalah kepada penduduk apabila berlakunya hujan dan air pasang ialah sistem perparitan yang memerlukan penyelenggaraan dan kerajaan telah meluluskan peruntukan RM6 juta bagi tujuan tersebut. 

“Dalam pada itu, di bawah Program Transformasi Luar Bandar bagi kawasan Bukit Saban yang melibatkan pelbagai projek kecil seperti pembinaan jalan kampung, sistem perparitan kampung dan banyak lagi, kerajaan meluluskan peruntukan RM5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri Bukit Saban 2018 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Masyarakat Spaoh dekat sini semalam.

Tambahnya, ahli parlimen juga menerima peruntukan berjumlah RM5 juta bagi merancang pembangunan yang akan dibahagi-bahagikan kelak.

“Dalam pada itu, keperluan penduduk yang akan terus dilaksanakan kelak dan salah satunya, saya akan berbincang bersama ahli parlimen untuk mengajukan permasalahan untuk menaik taraf dewan yang sedia ada kepada kerajaan negeri agar ianya lebih selesa untuk kegunaan bersama masyarakat di sini,” ujarnya.

Dalam sambutan tersebut sekitar 1,500 penduduk Bukit Saban menghadiri majlis yang cukup meriah.

Hadir sama isterinya Datin Amar Doreen Mayang, Robert Lawson Chuat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Gerald Rentap Jabu serta isteri, Penasihat Penyelidikan Sains Negeri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Residen Bahagian Betong, Friday Belik, Ketua- Ketua Jabatan dan Masyarakat. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13485

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8147

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news