Kerajaan negeri tunai janji serah surat hak milik tanah 0 5762

BINTULU: Setiap tanah yang diambil untuk tujuan pembangunan akan diberikan pampasan dan surat hak milik tanah kepada pemilik tanah.

YB Datuk Haji Talib Zulpilip, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Intergriti dan Ombudsmen) berkata Kerajaan Sarawak sentiasa menunaikan janjinya dengan membayar pampasan dan memberikan surat hak milik tanah yang diambil bagi tujuan pembangunan.

“Hari ini telah dibuktikan bahawa Kerajaan Sarawak menunaikan janjinya dengan membayar pampasan kepada pemilik tanah yang tanahnya diambil untuk tujuan pembangunan.

“Turut ditunaikan pemberian surat hak milik tanah kepada pemilik sebagai gantian kepada pengambilan tanah untuk pembangunan.

“Terima kasih kepada pemilik tanah yang telah memberikan kebenaran kepada Kerajaan Sarawak untuk menggunakan tanah mereka bagi tujuan pembangunan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap mewakili Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Majlis Penyampaian Cek Pampasan dan Surat Hak Milik Tanah Bagi Projek Rakyat (Projek Jambatan Jepak – Kuala Kemena, Bintulu/Projek Jambatan Batang Kemena-Sebauh, Bintulu/Projek Jalan Kampung Sebauh ke Kampung Sebauh Hilir, Bintulu), Auditorium BDA Wisma Bintulu, hari ini.

Dalam pada itu, Datuk Amar Awang Tengah juga meminta rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan pihak pembangkang yang mengatakan kerajaan merampas tanah rakyat.

“Rakyat diminta untuk tidak mudah percaya dengan tuduhan pembangkang yang mengatakan kerajaan merampas tanah rakyat.

“Ini kerana setiap tindakan yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak itu adalah demi kepentingan rakyat,” ujarnya.
Pada majlis itu, Datuk Haji Talib Zulpilip yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena turut menyampaikan cek pampasan dan surat hak milik tanah bagi Projek Rakyat itu.

Terdahulu, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu Mohammad Zunica Mohammad Sapi’ee memaklumkan sebanyak RM6 juta pampasan akan diserahkan kepada pemilik tanah yang mana tanah mereka terlibat dalam pembangunan.

“Pada hari ini sebanyak RM6 juta pampasan akan diserahkan kepada pemilik-pemilik tanah yang mana tanah mereka yang terlibat di dalam pembangunan.

“Manakala, 58 hak milik tanah baru yang berjumlah RM1,441,332.68 untuk diberi kepada pemilik tanah yang terlibat bagi menggantikan tanah mereka yang terlibat dalam projek-projek pembangunan kerajaan,” katanya.

Beliau turut memberitahu sebanyak RM3,254,907.55 telah diagihkan kepada 9 penerima melibatkan 8 lot tanah berhak milik dan 1 lot tanah tertakluk tuntutan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) bagi Projek Jambatan Jepak – Kuala Kemena, Bintulu.

Sementara itu, seramai 50 orang yang meliputi 20 lot Tanah berhak milik dan 11 lot tanah tertakluk tuntutan tanah NCR menerima pampasan berjumlah RM1,310,025.67 bagi Projek Jambatan Batang Kemena – Sebauh, Bintulu.

Bagi projek Jalan Kampung Sebauh ke Kampung Sebauh Hilir, Bintulu sejumlah RM1,441,332.68 diagihkan kepada 58 orang meliputi 32 lot tanah berhak milik, 9 lot tanah tertakluk tuntutan tanah NCR dan 1 lot Tanah Rezab Komunal Bumiputera.

Hadir sama Menteri Utiliti Sarawak merangkap ADUN N.69 Kemena YB Datuk Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom, wakil Residen Bahagian Bintulu Saiful Bukahri Alwi, Pegawai Daerah Bintulu Mohd Dino, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketu Masyarakat.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13432

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12903

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news