Apa yang Sarawak dapat sejak PH menang? 0 5973

KUCHING: Setahun selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Putrajaya, pemimpin Sarawak tidak berpuas hati dengan pusingan-pusingan U gabungan itu dan janji-janji yang tidak ditunaikan.

Mereka berkata kerajaan PH nampaknya leka dengan mencari kesalahan pentadbiran lepas daripada menguruskan negara.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri berkata kerajaan PH mengulangi “lagu” sama sejak tahun lalu, menyalahkan pentadbiran lepas atas segala perkara.

Beliau berkata rakyat Sarawak kecewa kerana belum menerima bahagian yang adil daripada pendapatan negeri itu.

Nancy menjelaskan Sarawak menyumbang 9.7% daripada keluaran dalam negara kasar tetapi kerajaan persekutuan “sangat berkira” dengannya.

“Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menjanjikan 7 jaminan dalam setahun kepada Sarawak, contohnya royalti petroleum 20%, dan RM1 bilion untuk membaiki dan menaiktaraf sekolah-sekolah luar bandar, dan peruntukan kemudahan dan penambahan kakitangan,” katanya kepada FMT.

Chong juga berjanji pengurangan harga barang, katanya.

“Saya tertanya adakah mereka memerintah sambil tidak mahu menerima hakikat bahawa banyak dasar dan program yang diperkenalkan pentadbiran lepas bagus untuk rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Santubong, Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata walaupun GPS bersetuju untuk bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Harapan, gabungan itu tidak akan teragak-agak untuk menentang atau berkecuali dalam perkara-perkara yang tidak menyebelahinya.

Beliau berkata apabila PH mengambil alih kerajaan persekutuan, rakyat Sarawak berharap hak-hak mereka dalam Perjanjian Malaysia 1963 akan diiktiraf, dan Sarawak akan mendapat balik dana yang menjadi haknya.

Tetapi selepas 12 bulan, rundingan antara Sarawak dan Putrajaya tidak membuahkan hasil, katanya.

“Ekonomi dalam keadaan tidak baik, harga komoditi seperti sawit dan getah jatuh, pengangguran semakin ketara dan ketaktentuan dirasai,” katanya.

Penganalisis politik Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak berkata layanan kerajaan PH terhadap Sarawak seperti negeri-negeri yang ditadbir pembangkang ketika Barisan Nasional berkuasa.

“Adakah kerajaan PH cuba menghukum Sarawak?” katanya, dan menambah gabungan itu mempunyai 4 tahun lagi untuk “membetulkan” kekurangannya.

Peter John Jaban dari kumpulan pendesak, Solidariti Anak Sarawak tidak nampak sebarang sumbangan kerajaan PH kepada pembangunan negeri itu.

“Kerajaan PH tidak patut menghukum Sarawak kerana akhirnya rakyat yang akan menderita,” katanya.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13938

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13095

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news