Kerajaan perhalusi isu royalti minyak 20 peratus – Wan Azizah 0 5519

Wan Azizah bergambar ketika hadir pada Seminar STOP di Dewan Serbaguba IPG Kampus Kent,Tuaran di sini hari ini. Foto oleh IRWAN MAJID

TUARAN – Kerajaan akan memperhalusi kadar royalti bagi menyalurkan 20 peratus keuntungan minyak dan hasil petroleum negara kepada empat negeri yang mengeluarkan sumber bahan api tersebut.

Empat negeri berkenaan ialah Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Direkodkan, setakat ini Sabah dan Sarawak menerima royalti petroleum sebanyak lima peratus manakala Kelantan dan Terengganu pula hanya menerima wang ehsan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, setiap keputusan akan mengambil kira beberapa faktor lain termasuk situasi ekonomi semasa negara.

“Isu (royalti minyak) ini akan diteliti dan dirujuk dengan Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) bagi mendapatkan  keputusan yang jelas.

“Kerajaan Pakatan Harapan komited memenuhi semua janji yang terdapat dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) namun, ia perlu dilaksanakan secara tersusun bagi memenuhi semua keperluan termasuk mengambil kira keadaan ekonomi negara pada masa ini,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Sekeluarga Tolak Pornografi (Stop) di sini.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri, Christina Liew; Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Stephen Wong Tie Fatt dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Rose Lena Lazemi.

Terdahulu, pada 19 Julai lalu semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat, Dr. Mahathir memberi jaminan kerajaan berpegang kepada janji dalam manifesto PH pada PRU-14 dan komited menunaikannya.

Ia termaksuklah, memenuhi janji memberikan royalti 20 peratus daripada keuntungan yang diperoleh negeri pengeluar minyak. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13719

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8164

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news