Kerajaan Persekutuan perlu gubal undang-undang benar referendum 0 6188

KUCHING: Kerajaan Persekutuan perlu menggubal undang-undang untuk membenarkan referendum dibuat bagi membolehkan rakyat menyuarakan suara mereka mengenai isu-isu utama yang memberi kesan kepada mereka.

Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, buat masa sekarang tidak ada undang-undang mengenai referendum dalam Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Justeru katanya, undang-undang referendum mesti digubal dahulu oleh Kerajaan Persekutuan supaya Kerajaan Negeri dapat membangkitkan isu-isu utama.

“Sebagai contoh, usaha untuk memperkenalkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kebangsaan kedua. Kita mesti bertanya kepada rakyat sama ada mereka mahu atau tidak menerusi referendum untuk melaksanakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kebangsaan kedua.

“Kita tanya rakyat dahulu sama ada mereka setuju atau tidak, barulah kita dapat lihat hasil referendum.

“Jangan hanya serahkan kepada ahli dalam parlimen sahaja kerana ahli parlimen tidak pernah bertanya kepada rakyat mereka sama ada mereka bersetuju atau tidak mengenai sesuatu perkara,” ujarnya ketika ditemui media pada Forum Referendum – Its Facts and Legal Implication di bangunan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini, malam tadi.

Menjelas lanjut Wan Junaidi berkata, referendum bukanlah soal Sarawak nak keluar dari Malaysia dan sebagainya

Referendum katanya, adalah instrumen undang-undang dibuat untuk meningkatkan demokrasi.

“Maknanya, kalau ada satu-satu perkara yang kritikal yang dipersoalkan, sepatutnya rakyat menjawab bukan ahli politik. Sebab itu, referendum bertujuan untuk membawa balik kepada rakyat sesuatu yang amat penting.

“Umpamanya, sewaktu Semenanjung Malaysia hendak mengambil minyak kita dahulu, sepatutnya ada referendum sebelum undang-undang berkaitan minyak dibuat. Tetapi masalahnya ialah ia tidak ada dalam Perlembagaan mengenai refendum, ia tidak ada dalam undang-undang,” ujarnya.

“Itu adalah persoalan yang dibangkit di situ dan Datuk David Teng (Presiden Institut Penyelidikan Budaya Sarawak) dengan jelas menyatakan isu yang amat penting melibatkan dan menjejaskan rakyat tidak sepatutnya dijawab oleh ahli politik dan kerajaan. Tetapi kita sepatutnya kembali kepada rakyat

“Oleh itu, pada tahun ini, kita berbincang sama ada kita perlu mewujudkan undang-undang referendum atau tidak supaya apa jua perkara yang amat penting termasuk isu sama ada kita (Sarawak) wajar keluar Malaysia atau tidak harus mesti ada referendum.

“Kita tanya kepada rakyat. Ini adalah persoalan yang amat serius termasuk hal sama ada kita harus diberi lebih banyak autonomi atau pun tidak dan apakah hak autonomi itu,” tegas beliau.

Beliau menambah, negeri sahaja tidak dapat membuat undang-undang itu secara sehala kecuali perkara itu melibatkan perkara negeri.

“Persoalan referendum ini ada kaitan dengan cara demokrasi untuk meningkatkan lagi amalan di sesebuah negara. Jadi undang-undang itu mesti digubal untuk menentu apakah yang boleh diadakan dengan referendum di mana kita senaraikan dalam undang-undang

“Maksudnya Kerajaan Persekutuan mesti memggubal undang-undang di parlimen untuk membolehkan kita mengadakan referendum. Tanpa undang-undang itu kita tidak dapat membuat referendum,” katanya.

Turut hadir pada forum tersebut ialah Presiden Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA), Dominique Ng; wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ismadi Mordi dan wakil Parti Tindakan Demokratik (DAP) Abdul Aziz Isa. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13116

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news