Kerajaan Sarawak Bayar RM37 Juta Pampasan Tanah Bagi Pembangunan 0 5852

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan negeri sentiasa mengutamakan hak-hak rakyat dari segi pembayaran pampasan untuk tanah yang terlibat dalam pelaksanaan projek pembangunan.

Katanya, pembangunan tersebut dilaksanakan untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada rakyat.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam bersama peserta Forum Kanun Tanah (Pindaan) 2018 Zon Selatan di Kuching, pada Rabu.

Uggah menambah, kerajaan negeri juga telah memberi peruntukan yang besar untuk meneruskan kerja pengukuran tanah.

Katanya, pengukuran tanah itu untuk memberi jaminan kepada rakyat tanah mereka adalah hak mereka. -UKAS

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13856

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13025

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news