Kerajaan Sarawak fokus pembangunan luar bandar 0 5697

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak akan memberi tumpuan kepada penyediaan infrastruktur di kawasan luar bandar dan bidang pertanian moden sebagai hala tuju pembangunan negeri berkenaan pada masa depan.

Ketua Menterinya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, antara yang menjadi fokus kerajaan Sarawak ketika ini adalah masalah bekalan air bersih di kawasan pedalaman.

“Masih banyak kampung di kawasan luar bandar tidak dapat bekalan air bersih dan kerajaan negeri akan mengatasi masalah itu dengan melaksanakan projek bekalan air bersih.

“Ia membabitkan kos berbilion ringgit dan tumpuan akan diberikan kepada kawasan di luar bandar yang memerlukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Sarawak di ibu negara, malam ini.

Abang Johari berkata, kerajaan Sarawak juga akan meningkatkan pembangunan bidang pertanian dengan memberi keutamaan kepada beberapa kawasan di luar bandar.

“Antaranya, Sri Aman dan Bintangor yang akan dimajukan sebagai taman agro. Inisiatif itu dilaksanakan demi masa depan petani di kawasan luar bandar,” katanya.

Selain itu, Abang Johari berkata, dana kewangan negeri itu juga semakin kukuh dan ia membolehkan kerajaan negeri menambah peruntukan dalam bidang pendidikan.

Katanya, hasil keluaran balak negeri itu turut menambah pendapatan Yayasan Sarawak dan sekali gus membolehkan kerajaan negeri dapat menyediakan lebih banyak dana untuk membantu anak negeri itu melanjutkan pelajaran.

“Tahun lalu, kerajaan negeri dapat menambah jumlah biasiswa dan pinjaman terutama kepada pelajar jurusan perubatan.

“Kita berharap keadaan kewangan negeri akan terus kukuh bagi membolehkan lebih ramai anak Sarawak mendapat bantuan untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Abang Johari turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 150 anak Sarawak yang menuntut di beberapa institusi pengajian tinggi di ibu negara. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13421

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8132

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news