Kerajaan Sarawak komited bantu perbagai persatuan kaum di negeri ini 0 6114

KUCHING: Semua persatuan yang mewakili pelbagai kaum di negeri ini akan terus dibantu.

Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata dalam konteks masyarakat Melayu Sarawak, Kerajaan Sarawak mendengar dan bersetuju untuk melaksanakan resolusi yang telah dibangkitkan semasa Seminar Budaya Melayu Ke-7 yang lalu.

“Antaranya ialah kajian semula Kanun Tanah Sarawak yang mengambil kira kepentingan semua penduduk Bumiputera Sarawak.

Pindaan yang dibuat adalah untuk kebaikan semua penduduk Bumiputera di negeri ini agar golongan Bumiputera yang benar-benar berhak diberi status pemilikan terhadap tanah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Samarindok Aidilfitri 2019 anjuran Amanat Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di sebuah hotel terkemuka di Bandaraya Kuching, malam tadi.

Beliau menambah, bagi masyarakat Melayu Sarawak yang tinggal di kawasan bandar ianya boleh dibangunkan menerusi sektor pelancongan.

“Pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat di kawasan bandar akan dipacu sektor pelancongan dengan memperkenalkan pelbagai kemudahan dan produk pelancongan melibatkan kawasan-kawasan tersebut.

“Mengambil contoh “Heritage Trail” yang melibatkan kawasan di sepanjang Sungai Sarawak, produk pelancongan masyarakat Melayu dibangunkan dengan lebih sistematik agar mereka dapat menggunakan peluang yang ada bagi meningkatkan mutu dan kualiti produk warisan,” tambahnya.

Pada majlis itu, telah diadakan persembahan seperti Kembara Merpati, Tariam Melayu, silat dan Gendang Melayu Sarawak.

Hadirin turut dihiburkan dengan nyanyian lagu Hari Raya Aidilfitri daripada Ketua Menteri Sarawak dan pemimpin-pemimpin negeri.

Hadir sama Timbalan-timbalan Ketua Menteri YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan YB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta beberapa Menteri Sarawak, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) – Unit Komunikasi Awam Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13129

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12502

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news