Sarawak mutiara rebutan ramai — Abg Jo 0 5839

KUCHING: Sarawak ibarat sebutir mutiara yang menjadi rebutan sehingga menyebabkan segelintir pihak tergamak mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kebelakangan ini pelbagai tohmahan dilemparkan termasuk yang terbaharu konon Sarawak bakal bankrap.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan kenyataan-kenyataan yang tidak berasas itu bertujuan untuk ‘merampas’ Sarawak kerana mengetahui negeri ini memiliki sesuatu yang berharga lagi bernilai.

“Saya akui ada pihak yang tidak senang dengan kestabilan politik yang dimiliki termasuk perpaduan kukuh antara rakyat berbilang kaum di Sarawak.

“Sarawak ibarat sebutir mutiara. Sudah menjadi lumrah manusia apabila sesuatu yang cantik dan mahal bak mutiara pasti akan menjadi rebutan ramai yang menyimpan hasrat untuk memilikinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Samarindok Aidilfitri 2019 anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Justeru, Abang Johari mengajak seluruh rakyat untuk terus mengekalkan perpaduan dan bersatu hati mempertahankan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Barisan kabinet GPS terbukti berjaya mentadbir urus rakyat dan negeri secara adil dan saksama tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Menurutnya, kestabilan politik dan ekonomi akan terus kekal andai Sarawak dipimpin oleh anak tempatan.

“Maka itu, kita jangan mudah terpengaruh dengan anasir jahat dari pihak luar yang ingin menganggu-gugat perpaduan rakyat negeri ini,” ujarnya.

Abang Johari dalam pada itu melahirkan keyakinan bahawa AKYBMS mampu memainkan peranan mengukuhkan lagi perpaduan bangsa Melayu pada masa akan datang.

“Dengan barisan kepimpinan yang baik dalam AKYBMS, saya percaya masa depan Melayu terus maju dan aset juga semakin bertambah,” ujarnya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; barisan menteri dan menteri muda kabinet negeri serta tetamu kehormat lain.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13856

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13025

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news