Kerajaan Sarawak memfailkan saman terhadap PETRONAS 0 6461

KUCHING: Kontroller Cukai Jualan Negeri dan Kerajaan Negeri Sarawak hari ini memfailkan writ saman dan kenyataan tuntutan terhadap PETRONAS di Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata tindakan tersebut diambil susulan kegagalan PETRONAS membayar Cukai Jualan Negeri (SST) bagi produk petroleum di bawah Ordinan Cukai Jualan Negeri 1998.

Susulan itu Hasidah menerusi kenyataan media menegaskan Kerajaan Negeri tidak mempunyai pilihan selain memulakan tindakan undang-undang bagi menuntu cukai yang belum dibayar oleh syarikat pengeluar minyak utama negara tersebut.

Kerajaan Negeri sebelum ini telah memberikan tempoh sehingga 31 Oktober kepada PETRONAS untuk membayar SST sebanyak lima peratus yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2019. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13856

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13025

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news