Mourinho tampil lebih ceria, rendah diri 0 114

LONDON: Jose Mourinho sentiasa tampil dengan perwatakan berbeza sepanjang karier pengurusannya yang dipenuhi kejayaan bersama kelab-kelab gergasi Eropah dan sentiasa menjadi perhatian media, tetapi pengendali baharu Tottenham Hotspur itu kali ini lebih merendah diri.

Ketika sidang media pertamanya di kelab utara London itu selepas menggantikan Mauricio Pochettino yang dipecat Selasa lalu, Mourinho sentiasa tersenyum.

“Saya di dalam tempoh di mana ia bukan berkenaan diri saya sama sekali, ia berkenaan kelab, peminat, pemain-pemain – bukan tentang saya. Saya di sini untuk membantu semua orang,” kata Mourinho yang bercadang untuk tidak membuat rombakan ke atas skuad sedia ada.

“Saya harap saya dapat mempengaruhi pemain-pemain untuk tidak merasa gembira apabila tidak memenangi perlawanan bola sepak. Jika anda gembira apabila tewas perlawanan bola sepak, sukar untuk jadi pemenang sepanjang karier anda.

Bekas pengendali Inter Milan, Real Madrid, Chelsea dan Manchester United itu kini mempunyai tugas berat untuk melonjak kembali Spurs yang berada di tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris dan bulan lalu dimalukan Bayern Munich 7-2 dalam saingan Liga Juara-Juara.

Tottenham hanya mempunyai 17 gelaran major dan kali terakhir menjuarai liga ialah pada tahun 1961 dengan kejuaraan berganda. Trofi terakhir diraih ialah Piala Liga 2008. – REUTERS

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Abigail harumkan nama negara pada kejohanan gusti lengan di Poland 0 156

KUCHING: Atlet gusti lengan dari Sarawak, Abigail Kee meraih dua pingat perak pada Kejohanan Gusti Lengan Dunia Persekutuan Gusti Lengan Antarabangsa (IFA) 2019 di Poland.

Pingat pertama diperolehinya menerusi kategori sub-junior (70kg ke atas kiri) pada Khamis, manakala seterusnya menerusi kategori lengan kanan pada Jumaat.

Abigail, 15, berkata beliau bangga dan gembira dengan pencapaiannya di peringkat antarabangsa dan merasakan usahanya selama ini berbaloi.

Beliau tewas kepada Sunnea Stromberg dari Sweden.

“Walaupun perit, tetapi gembira atas kemenangan mengatasi segalanya, ini lebih bermakna,” katanya dalam satu kenyataan.

Abigail turut membawa bendera Sarawak ke Kejohanan Gusti Lengan IFA 2019 di Poland.
Beliau amat berterima kasih kepada Majlis Sukan Sarawak dan semua pihak kerana menyokong usaha dan memberi dorongan kepadanya selama ini.

Tunjuk ajar jurulatih juga dihargainya sehingga mampu mengorak kejayaan di peringkat antarabangsa. – Utusan Borneo Online

Spread the news

Ronaldo terima anugerah Pemain Terbaik Serie A 0 149

Ronaldo terpilih sebagai Pemain Terbaik Serie A musim lalu, beberapa jam sebelum Lionel Messi menerima anugerah Ballon d’Or buat kali keenam di Paris, pagi tadi.

Ronaldo mengelak hadir ke majlis anugerah Ballon d’Or, di Paris sebaliknya hadir ke majlis tahunan Grand Gala del Calcio di Milan untuk menerima pengiktirafan tertinggi buat Juve.

Dia menjaringkan 21 gol musim 2018-19 untuk membantu Bianconeri meraih gelaran Scudetto kali kelapan dan muisim ini sudah meledak enam gol dalam 11 penampilan meskipun berdepan kecederaan beberapa minggu kebelakangan ini.

“Ini detik sangat membanggakan dapat memenangi anugerah ini,” kata Ronaldo sejurus menerimnya yang sebelum ini dimenangi Mauro Icardi, 12 bulan lalu.

“Saya berterima kasih kepada rakan-rakan di Juventus. Ini adalah tahun pertama saya di Serie A, liga yang sangat mencabar, saya sangat gembira. Terima kasih mengundi saya.

“Sekarang saya cuba mengulanginya untuk tahun depan.”

DARI kiri; pemain Atalanta, Josip Ilicic, penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukan, Miralem Pjanic mempamerkan trofi yang dimenangi sebagai pemain tengah dan penyerang terbaik Serie A. – Foto AFP
Ronaldo kini bergelut dengan kecederaan lutut dan pernah naik angin apabila diketepikan ketika Juve melayan Lokomotiv Moscow dan Milan bulan lalu.

Bagaimanapun, Pengarah Sukan Juventus, Fabio Paratici mengakui bintang antarabangsa Portugal itu – yang menduduki tangga ketiga terbaik Ballon d’Or di belakang Messi dan pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk – akan kekal di Turin selepas tamat kempen musim ini.

“Cakap-cakap (dia akan pindah) seperti ini membuatkan saya tersenyum kerana ia ada masalah lain sebenarnya.

“Tanpa diragui, dia akan kekal bersama Juventus musim depan,” kata Paratici kepada Sky Sport Italia. – Agensi

Spread the news
DON’T MISS OUT!
Subscribe To Newsletter
Be the first to get latest updates and exclusive content straight to your email inbox.
Stay Updated
Give it a try, you can unsubscribe anytime.
close-link