Kerajaan Sarawak penuhi aspirasi penduduk hulu Rajang, salurkan RM1.5 bilion 0 5798

KAPIT: Peruntukan sebanyak RM1.5 bilion disalurkan ke kawasan hulu Rajang di bawah Lembaga Pembangunan Ulu Rajang (Urda) sebagai sebahagian langkah memenuhi aspirasi penduduk, serta menyediakan kemudahan kepada mereka.

Ketua Menteri berkata, lembaga yang ditubuhkan tahun lalu itu setakat ini sudah menerima 14 permohonan untuk projek pembangunan membabitkan jalan raya, bekalan air dan elektrik.

“Jika ada peruntukan tambahan, kita akan perluaskan lagi projek jangka panjang,” kata Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, semalam.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan program Merapatkan Jurang Digital Masyarakat pedalaman anjuran Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) di Long Busang.

Long Busang, dengan sekitar seribu penduduk, terletak di pedalaman Belaga.

Dari Bintulu ke Bakun memakan masa sekitar 12 jam. – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13432

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12904

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news