Kerajaan Sarawak tidak pernah menyisihkan pembangunan luar bandar 0 5925

Kerajaan Sarawak Tidak Pernah Menyisihkan Pembangunan Luar Bandar

LAWAS: Agenda pembangunan luar bandar adalah sentiasa menjadi matlamat dan keutamaan Kerajaan Sarawak dalam memastikan pembangunan luar bandar tidak disisihkan.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, komitmen yang tinggi telah dibuktikan Kerajaan Sarawak melalui pengumuman peruntukan besar kepada sektor pembangunan luar bandar oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg.

Dalam pada itu, tambahnya, Kerajaan Sarawak telah memperkenalkan Program Grid Bekalan Air Sarawak yang bertujuan menyelesaikan isu bekalan air secara efektif dan berkesan terutama di kawasan yang dianggap kritikal.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Bekalan Air Luar Bandar, Ulu Merapok, Lawas & Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Zon Ulu Merapok hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar & Sumber Asli II dan Menteri Pembangunan Perindustrian & Usahawan Sarawak berkata, objektif utama projek bekalan air ini adalah untuk membekalkan bekalan air terawat ke kawasan seperti ulu Merapok, stesen penternakan Meragang dan juga ke kawasan Rh.Ajan yang mana salah satu skop utama projek ini adalah untuk meletakan pam baharu dari stesen penggalak booster ke tangki aras tinggi di Ulu Merapok.

Justeru beliau berharap projek rakyat ini memberi manfaat yang besar terutama sekali kepada penduduk di kawasan Ulu Merapok.-TV Sarawak.com

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12933

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news