SPRM siasat individu berprofil tinggi di Sarawak 0 5862

KUCHING: Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya sedang menyiasat individu berprofil tinggi di Sarawak atas dakwaan rasuah, kata Pengarah SPRM Sarawak Razim Mohd Noor.

Bagaimanapun beliau katanya, tidak mempunyai butiran mengenai siasatan itu kerana SPRM Sarawak hanya bertindak sebagai pejabat penghubung.

“Penyiasatan dakwaan amalan rasuah oleh ‘jerung’ di negeri ini dikendalikan oleh ibu pejabat SPRM.

“Saya tidak mempunyai akses ke atasnya,” katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Gawai dan Raya Aidilfitri SPRM Sarawak di sini, semalam.

Beliau menegaskan bahawa SPRM telah menerima ‘lebih daripada satu’ laporan yang mendakwa amalan rasuah melibatkan individu berprofil tinggi di negeri ini.

Bagaimanapun, beliau berkata beberapa kes berprofil tinggi telah disiasat sejak sekian lama dan tindakan telah diambil namun masih ada laporan dibuat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei sebelum ini berkata, Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu Latheefa Koya harus menyiasat amalan rasuah di Sarawak dengan cepat, adil dan drastik.

Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) Lina Soo turut menyeru agar Latheefa menyiasat ahli politik yang rasuah termasuk semasa pemilihan parti tanpa mengira mereka parti mana.

“Kes-kes di mana laporan polis dan SPRM telah dibuat terhadap perampas tanah serta amalan rasuah dalam perkara berkaitan isu tanah di Sarawak juga harus disiasat,” katanya pada bulan lepas. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13010

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news