Kerajaan sudah penuhi 21 dari 60 janji manifesto, kata Dr M 0 5521

Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) telah melaksanakan 21 daripada 60 janji yang terkandung dalam manifesto PRU ke-14, kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perutusan khas sempena 100 hari pentadbiran HARAPAN, hari ini.

Perdana menteri berkata kejayaan itu menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan tadbir urus yang baik dan melawan rasuah.

“Usaha ini memerlukan satu rancangan bersepadu yang drastik dan menyeluruh.

“Komitmen kerajaan mencapai prinsip mahu Malaysia dikenali kerana integriti, dan bukannya kerana rasuah,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau menyenaraikan beberapa perkara yang telah mula dilaksanakan.

Antaranya pewujudan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR), penggubalan Rang Undang-undang Pembiayaan Politik yang sudah dimulakan, tiada lagi surat sokongan daripada menteri dan timbalan menteri untuk projek dan tidak lagi menyekat kebebasan bersuara dan media.

Selain itu, beliau turut menyebut tentang penggubalan Pelan Anti Rasuah Nasional; Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah
Nasional (GIACC); dan penggubalan dasar mengenai pemberian hadiah dan derma kepada anggota pentadbiran awam, yang bertujuan menyekat amalan rasuah dalam kerajaan. – Malaysiakini 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13439

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8134

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news