Kerajaan timbang laksana cukai soda untuk galak hidup sihat: Tun M 0 5687

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menimbang untuk melaksanakan cukai soda bagi menggalakkan hidup yang lebih sihat, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata langkah itu bertujuan untuk mengurangkan penggunaan gula yang boleh menyebabkan penyakit diabetes.

“Kadar diabetes di Malaysia sangat tinggi kerana kita mengambil terlalu banyak gula,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan dan Pameran Cities 4.0 + Business 4.0, di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai menjawab soalan mengenai pendirian kerajaan berkenaan pelaksanaan cukai soda untuk meningkatkan hasil kerajaan.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan juga akan memulihkan semula Cyberjaya untuk lebih menumpukan kepada industri berasaskan teknologi dan pembangunan teknologi baharu serta penggunaannya.

“KIta akan menggalakkan penggunaan Cyberjaya bagi industri seumpama ini,” katanya.

Beliau berkata mungkin akan ada gelombang kedua pembangunan dalam Koridor Raya Multimedia yang dipacu kemajuan teknologi dalam era digital.

Ditanya mengenai projek Forest City di Johor, Dr Mahathir berkata beliau tidak bersetuju dengan idea untuk membina bandar bagi orang asing.

“Apa yang pasti adalah, bandar itu yang akan dibina tidak boleh dijual kepada orang asing.

“Kita membantah kerana ia dibina bagi orang asing, bukan untuk rakyat Malaysia. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu membeli apartment itu,” katanya.

Sementara itu, mengenai Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Dr Mahathir berkata kerajaan tidak berhasrat untuk mengeluarkan laporan CEP kepada umum.

Beliau berkata tugas CEP adalah untuk menyiasat dan mengemukakan laporan kepada beliau untuk tindakan selanjutnya.

“Tugas mereka adalah untuk menyiasat. Sama ada saya terima atau tidak adalah urusan saya tetapi tanggungjawab utama mereka adalah menyediakan maklumat yang saya perlukan untuk saya membuat kepurusan,” katanya.

Persidangan dan pameran selama tiga hari itu yang bertemakan “To Elevate Smart City and Digital Adoption in Malaysia and the Region” (Meningkatkan Bandar Raya Pintar dan Penggunaan Digital di Malaysia dan Rantau Ini) , bertujuan mendedahkan kepada para peserta maklumat penting dan strategi untuk mengguna pakai transformasi digital dalam pelbagai aspek perancangan dan pembangunan bandar serta meningkatkan kecekapan dan perkhidmatan kepada rakyat. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news