Kereta terbakar parkir depan rumah 0 6057

Kuching: Tiga kereta yang diparkir di sebuah rumah di Taman Li Hua terbakar pagi tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.38 pagi.

Komander Operasi Zulkifli Narawei berkata, kebakaran melibatkan tiga buah kenderaan di parkir di rumah itu adalah jenis Lexus RX terbakar 95 peratus, Toyota Land Cruiser terbakar 60 peratus dan Mercedes terbakar 100 peratus.

Kebakaran itu juga katanya, ia turut menjejaskan siling parkir dan ruang tamu rumah tersebut.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi bertindak menggunakan sumber air dari pili bomba dan jentera untuk memadamkan kebakaran tersebut,” katanya.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Utusan Borneo

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12908

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12198

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news