Thailand luluskan penggunaan ganja untuk perubatan sebagai ‘hadiah’ Tahun Baharu 0 5750

BANGKOK: Thailand meluluskan ganja untuk penggunaan penyelidikan dan perubatan, hari ini, dan muncul sebagai negara pertama di rantau Asia yang mempunyai undang-undang dadah paling ketat di dunia dalam membenarkan dadah itu.

Parlimen Thailand yang dilantik junta mengundi untuk menyokong pindaan Akta Narkotik 1979 dalam sesi parlimen tambahan, sebelum cuti Tahun Baharu.

Thailand mempunyai tradisi menggunakan ganja untuk mengurangkan rasa sakit dan keletihan sehingga 1930-an.

“Ini adalah hadiah Tahun Baharu daripada Dewan Perundangan Nasional kepada kerajaan dan rakyat Thailand,” kata pengerusi jawatankuasa penggubal, Somchai Sawangkarn.

Walaupun negara seperti Colombia sehingga kepada Kanada sudah membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan dan rekriasi, dadah itu kekal haram dan menjadi pantang larang di negara Asia Tenggara yang mempunyai hukuman antara paling berat untuk salah guna dadah.

Penyeludup ganja boleh dikenakan hukuman mati di Singapura, Indonesia dan Malaysia.

Namun di Thailand, kontroversi membabitkan perundangan itu tercetus susulan permohonan paten daripada syarikat asing, ia dijangka membolehkan mereka mendominasi pasaran.

Keadaan itu akan menyebabkan kesukaran kepada pesakit Thailand mendapatkan ubat-ubatan dan penyelidik Thailand mendapat ekstrak ganja.

“Kami akan menuntut kerajaan menarik balik semua permohonan paten, sebelum undang-undang ini dilaksanakan,” kata Dekan Institut Perubatan Bersepadu dan Anti Penuaan Rangsit, Panthep Puapongpan. – Reuters

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13130

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12503

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news