Mesyuarat JK Pemandu MA63 di Putrajaya lancar, kata Hasidah 0 5810

KUCHING: Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang berlangsung di Putrajaya hari ini berjalan lancar, kata Menteri Muda (Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

“Mesyuarat berjalan lancar tetapi saya akan mengeluarkan kenyataan esok,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Selain Hasidah, turut hadir bagi pihak kerajaan Sarawak ialah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Gerawat Gala dan Peguam Besar Negeri Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid. – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12979

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12259

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news