Kereta terbang untuk pantau ladang, pengangkutan awam 0 6080

SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan Usahawan menyasarkan penggunaan kereta terbang untuk kegunaan industri seperti pertanian serta pengangkutan awam.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof, berkata bagi industri pertanian, ia boleh digunakan untuk memantau ladang-ladang selain turut digunakan untuk menjaga keselamatan di sempadan negara.

“Saya rasa buat masa ini cukup jika kita sasarkan penggunaan kereta terbang untuk industri terlebih dahulu kerana masyarakat masih belum boleh menerima teknologi itu

“Ia juga bukan teknologi yang baru sebaliknya sudah dibangunkan oleh negara-negara maju. Justeru, kita juga perlu seiring dengan kemajuan teknologi dunia agar kita tidak ketinggalan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Usahawan Muda Selangor di Stadium Malawati, di sini.

MENTERI Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof melihat produk “Papa Tepung Berempah” oleh pengedarnya, Shahrul Nuzul Sadimin (kanan) selepas majlis perasmian penutup Karnival Usahawan Muda Selangor 2019 di Stadium Melawati, Shah Alam. – NSTP/Sairien Nafis

Beliau berkata, prototaip kereta terbang dijangka siap seawal-awalnya Jun ini dan kos penghasilan prototaip itu tidak melebihi RM1 juta selain ia dibiayai oleh pihak swasta.

Semalam, ketika di Melaka, Redzuan dilaporkan berkata, kereta terbang yang bakal direalisasikan kerajaan tahun ini hanya untuk kegunaan industri pengangkutan dan bukan untuk dijual kepada orang awam.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Mohd Redzuan turut menyeru usahawan muda membina budaya keusahawanan dalam diri mereka seiring dengan matlamat kerajaan menjadi negara usahawan menjelang 2020.

Katanya, budaya itu perlu diterapkan dalam setiap diri usahawan muda agar bakat keusahawanan dalam diri mereka dapat dikembangkan.

“Jika kita bersungguh-sungguh untuk menterjemahkan cita-cita negara keusahawanan seperti yang dibentangkan dalam belanjawan negara pada tahun lalu, maka kita mestilah komited membina budaya usahawan yang jitu.

“Kita tidak boleh meminggirkan kepentingan bakat keusahawanan dalam kalangan generasi muda,” katanya.

Beliau berkata, usahawan juga perlu membina jaringan perniagaan seluas mungkin selain mencipta potensi baharu dalam perniagaan.

Katanya, langkah itu akan membuka ruang kepada usahawan muda untuk lebih maju dan berdaya saing sekali gus keluar daripada kelompok B40.

“Kementerian juga akan memberi sepenuh komitmen untuk memperbaiki suasana menerusi dasar keusahawanan yang tuntas dan lebih mesra kepada usahawan muda,” katanya. – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12999

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12473

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news