Suspek kes tipu 47 rakyat M’sia di Kemboja dibebaskan dengan jaminan polis 0 5558

Suspek pertama yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan kes penipuan pekerjaan 47 rakyat Malaysia di Kemboja telah dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, bagaimanapun suspek perlu hadir ke balai bagi membantu siasatan polis apabila diperlukan.

“Memandangkan tempoh maksimum reman tujuh hari bagi kes dibawah seksyen 420 Kanun Keseksaan telah tamat dan siasatan masih dijalankan, maka polis telah memohon daripada Mahkamah Majistret Kuching agar suspek tersebut dibebaskan dengan jaminan polis dan hadir untuk siasatan polis apabila diperlukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Suspek telah ditahan oleh polis pada 23 Feb lalu,namun siasatan terhadap suspek tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam.

Suspek kemudian telah dihadapkan ke Mahkamah untuk permohonan perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosidur Jenayah sehingga ia tamat pada hari ini.

Manakala dua lagi suspek, seorang lelaki dan wanita yang masing-masing berusia 35 tahun masih lagi direman dan disoal siasat.

— Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 12007

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 7376

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news
DON’T MISS OUT!
Subscribe To Newsletter
Be the first to get latest updates and exclusive content straight to your email inbox.
Stay Updated
Give it a try, you can unsubscribe anytime.
close-link