Kerja bina jejambat Pan Borneo dihentikan 0 8337

KUCHING: Kementerian Kerja Raya mengarahkan kerja di tapak pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, Pakej 11 (WPC-11) di Seksyen Pujut, Miri, dihentikan serta-merta selepas rasuk jejambat runtuh, petang semalam.

Menterinya, Baru Bian, berkata ia bagi memudahkan siasatan lanjut dan untuk mengelak kemalangan pekerja dan memastikan keselamatan orang awam.

“Saya mengarahkan siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti punca kejadian itu.

“Saya juga ingin meminta orang ramai dan media supaya tidak membuat spekulasi mengenai kejadian itu dan biarkan kepada pihak berkuasa melakukan tugas mereka, saya yakin tindakan perlu diambil dengan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Krismas di Pusat Orang Buta Kuching, di sini, hari ini.

Baru berkata, kelewatan dan peningkatan kos dijangka berlaku bagi projek itu, namun kajian selanjutnya diperlukan untuk menentukannya.

Dalam kejadian pada jam 2.40 petang semalam, dua pekerja cedera apabila rasuk jejambat yang masih dalam pembinaan itu runtuh.

Kedua-duanya berada dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, selepas menerima rawatan di hospital.

Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak merangkumi laluan sepanjang 786 Kilometer dari Telok Melano ke Miri dan akan dibina dalam 11 pakej membabitkan pembinaan lebih 100 Jambatan. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13115

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news