Selangor United kini dikenali Sarawak United 0 6565

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) meluluskan permohonan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) untuk pertukaran status pemilikan Kelab Bolasepak Selangor United (SUFC) menjadi Kelab Bolasepak Sarawak United.

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL, Khamsi lalu selepas meneliti setiap dokumen dilampirkan dan mendapati FAS sudah membuat pertukaran status pemilikan kelab itu mengikuti prosedur yang sah.

”Ahli Lembaga Pengarah MFL mengesahkan bahawa Sarawak United sudah membuat permohonan pendaftaran dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi proses pertukaran pemilikan ini.

“Jadi Ahli Lembaga Pengarah secara dasarnya meluluskan permohonan ini tertakluk kepada kelulusan daripada PJS dan SSM yang akan dikeluarkan nanti.

“Justeru Ahli Lembaga Pengarah turut membuat keputusan untuk memanjangkan tempoh pengesahan penyertaan pasukan pada 15 Disember ini kepada 23 Disember (7 hari bekerja) buat Sarawak United melengkapkan urusan pendaftaran musim depan.

“Menerusi keputusan ini, Sarawak United akan mengisi slot SUFC dengan menggunakan nama pasukan sebagai Sarawak United dan akan beraksi di Liga Perdana musim 2020,” kata MFL.

Terdahulu, keputusan pertukaran pemilikan kelab telah dicapai dalam satu mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah SUFC pada 22 November lalu di mana mereka sebulat suara untuk menyerahkan pengurusan kelab berkenaan kepada pemilik baharu iaitu FAS.

Pertukaran status itu juga bakal menyaksikan kelab Liga Perdana yang berpangkalan di Shah Alam itu akan beroperasi sepenuhnya di Kuching.

Dalam perkembangan sama, MFL mengesahkan pasukan Sarawak kekal bermain di Liga M3 pada tahun depan selepas pasukan itu menamatkan kempen di tangga ke-11 Liga Perdana dan tewas 3-1 pada aksi play off kepada naib juara Liga M3, Kuching FA pada 23 November lalu.

Dalam perkembangan lain, Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah turut meluluskan penyertaan pasukan Selangor II dan Perak II untuk bertanding di Liga Perdana musim 2020. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7579

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5231

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news