Kes buli pelajar di Miri: Polis kesan suspek 17 tahun 0 7395

MIRI: Polis sedang mencari seorang lagi suspek berusia 17 tahun bagi membantu siasatan kes buli seorang pelajar sekolah menengah berusia 13 tahun pada 8 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata empat suspek telah berjaya ditahan untuk membantu siasatan kes berkenaan.

“Polis sedang mencari seorang lagi suspek bagi membantu siasatan sementara empat lagi suspek yang terlibat dalam kes itu telah berjaya kita tahan,” katanya semasa ditemui pada Majlis Sambutan Ulangtahun Kor Kadet Polis Sekolah Ke-49 di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Daerah Miri hari ini.

Lim berkata suspek yang tidak lagi bersekolah itu menghilangkan diri sebaik sahaja video kes buli berkenaan tular di laman sosial.

“Bagaimanapun, dengan penangkapan empat suspek terbabit sekali gus telah menyelesaikan kes, dan orang ramai termasuk netizen tidak perlu memperbesarkan lagi kes buli ini,” jelasnya.

Lim berkata mangsa buli berkenaan masih trauma dengan kejadian berkenaan dan ia adalah kejadian yang baharu berlaku ke atas mangsa serta bukan kejadian buli berulang.

Kes berkenaan sebelum ini terbongkar selepas bapa mangsa tampil membuat laporan polis pada Isnin mendakwa anaknya dipukul lima remaja di sebuah sekolah menengah di sini.

Video kejadian buli berkenaan tular dalam media sosial serta mendapat kecaman daripada netizen.

Mangsa dipercayai ditumbuk dan ditendang sekumpulan lima remaja termasuk seorang pelajar sekolah menengah di sini pada 8 Julai lalu.

Bapa mangsa membuat laporan polis selepas dimaklumkan anaknya berhubung video tular dalam WhatsApps yang menyaksikan mangsa sedang dibuli.

Mangsa juga takut membuat laporan kerana telah diugut oleh suspek-suspek.

Polis sedang menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12933

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news