Sarawak kekal had usia belia 15-40 tahun 0 6104

KUCHING: Sarawak melihat lebih banyak kesulitan dan perkara terbantut apabila had usia belia diturunkan daripada 40 kepada 30 tahun.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, meskipun Persekutuan melulus pindaan mengurangkan had usia belia, Sarawak masih tetap meneruskan hubungan kerjasama.

Beliau berkata, antara sebab had usia belia tidak dipinda di Sarawak ialah banyak program melibatkan penyaluran bantuan kepada belia B40 telah dan sedang dirancang.

“Program B40 misalnya, melibatkan ramai belia yang berhasrat menjadi petani moden dan usahawan muda yang menerima bantuan daripada kerajaan.

“Jika kita letakkan had usia belia 30 tahun maka, ramai yang tidak layak menerima bantuan,” katanya ketika ditemui media selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara Business Events Sarawak (BESarawak) dengan Persatuan Penganjur dan Pembekal Persidangan dan Pameran Malaysia di sebuah hotel tekemuka di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini berkata, kerajaan persekutuan menghormati pandangan kerajaan Sarawak untuk meneliti secara mendalam mengenai keputusan menurunkan had usia belia daripada 40 kepada 30 tahun.

Pada masa kini, katanya pindaan tersebut hanya melibatkan persatuan yang didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).

“Apa yang dibangkitkan oleh kerajaan negeri itu adalah lain dan bukan di bawah bidang kuasa kerajaan pusat untuk menentukan. Jadi hanya yang berdaftar di bawah ROY akan meneruskan pindaan tersebut.

“Saya rasa ia adalah jalan untuk kita (kerajaan negeri dan kerajaan pusat) untuk berkerjasama dengan lebih rapat di mana kerajaan persekutuan boleh membantu dalam menyasarkan bantuan kepada belia bawah 30 tahun, yang transisinya akan bermula pada Disember 2021,” ujar Syed Saddiq dalam laporan Bernama. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news