Kes bunuh ahli perniagaan, 13 suspek ditahan reman 7 hari 0 6325

SIBU: Tiga belas suspek paling dikehendaki polis berhubung kes bunuh seorang ahli perniagaan pada 20 April tahun lalu diperintah menjalani tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintenden Martin Koo berkata, penahanan reman terhadap kesemua suspek berumur antara 20 dan 28 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Martin berkata, kesemua suspek terbabit ditahan semasa menyerah diri di Balai Polis Pusat di sini pada jam 11.30 pagi kelmarin.

Media sebelum ini melaporkan Clement Tan Teck Howe, 29, mati selepas satu pertengkaran yang mencetuskan pergaduhan sehingga menyebabkan mangsa dipukul sampai pengsan.

Mangsa kemudian dikejarkan oleh rakannya ke hospital untuk rawatan tetapi meninggal dunia kira-kira jam 5.22 pagi hari kejadian.Polis turut menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Difahamkan, kesemua suspek terbabit akan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan DNA – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15431

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8423

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news