Kes bunuh di Sibu, elak guris perasaan waris 0 6013

IBU: Berhenti membuat spekulasi agar tidak mengguris perasaan waris wanita yang ditemui mati dipercayai dibunuh di bilik sewanya di Jalan Tiong Hua di sini, kelmarin.

Itu nasihat Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit kepada orang ramai dan berkata, laporan media sosial bahawa mangsa, Nurnia Azalea Priscilla Edward, 26, telah diperkosa sebelum dibunuh adalah tidak benar.

“Apa yang dikatakan dalam media sosial bahawa dia telah dirogol adalah tidak benar kerana bedah siasat belum dijalankan oleh ahli patologi.

“Kita akan mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai punca dan sebab kematian si mati sehingga bedah siasat dilakukan oleh ahli patologi dari Kuching yang dijangka tiba petang ini (semalam) atau esok (hari ini),” ujarnya ketika ditemui pemberita di Balai Polis Sentral disini, semalam.

Stanley berkata, tiada kecederaan nyata pada badan mangsa, namun ‘body view’ yang dilakukan oleh anggota Bahagian Forensik Hospital Sibu mendapati ada beberapa kesan lebam di anggota badan mangsa, manakala bahagian atas bibirnya bengkak.

Menurutnya, mangsa ditemui dengan kakidan tangannya diikat ke belakang serta mukanya ditutup dengan kain dalam keadaan meniarap, justeru tidak menolak kemungkinan mangsa lemas.

Dalam perkembangan sama, Stanley berkata, polis sedang mencari seorang lelaki, Philip Uja, 40, yang dipercayai boleh membantu menyelesaikan kes tersebut.

“Mangsa pernah memberitahu rakan-rakannya bahawa lelaki itu kerap datang untuk berjumpa dengannya,” katanya sambil menambah, setakat ini polis belum mengenal pasti hubungan mereka yang kedua-duanya berasal dari Kanowit.

Nurnia yang bertugas sebagai pembantu pendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) di sini dijumpai rakan-rakan sepejabatnya berada di atas lantai di tepi katil dan sudah meninggal dunia di bilik sewanya pada 2.30 petang kelmarin.

Mereka pergi mencari mangsa selepas suaminya, 29, seorang kerani di sebuah sekolah rendah di Tatau, menghubungi pihak pejabat untuk meminta mereka membantu mencari isterinya yang tidak menjawab telefon pada tengah hari kelmarin.

Stanley berkata, siasatan polis menunjukkan tiada kesan pecah masuk dikediaman mangsa dan tiada kehilangan barang-barang berharga di bilik mangsa.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan polis tersebut agar menghubungi polis menerusi talian 084-336144 atau pegawai penyiasat kanan, ASP Sylvarius Gopog (013-8637241).

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15399

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8418

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news