Kes bunuh kekasih di Serian, tertuduh mohon dibicarakan 0 5910

KUCHING: Seorang pegawai polis yang didakwa membunuh teman wanitanya memohon untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini.

Tertuduh Mohammad Sohffian Abu Hassan mengangguk kepalanya ketika pertuduhan dibacakan oleh penterjemah mahkamah di hadapan Hakim Stephen Chung.

Tertuduh menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Kes berkenaan berlaku di Kampung Kakai di Serian pada 21 Mei tahun lepas, sekitar jam 3.15 petang.

Dilaporkan tertuduh yang bertugas di Belaga,menembak mati mangsa berusia 33 tahun dan melarikan diri dari tempat kejadian menggunakan kereta polis.

Dia kemudian memberitahu pihak polis mengenai lokasinya dan ditahan di hadapan Emart Matang di sini.

Si mati juga mengandung dua bulan.Senjata dan peluru yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu juga dirampas sebagai bahan bukti kes.

Kes telah ditetapkan untuk sebutan semula pada 4 April.Sohffian selanjutnya ditahan reman sementara menunggu kes diselesaikan kerana kesalahan yang didakwa tidak dapat diikat jamin.

Dia diwakili peguam, Abdul Rahman Mohd Hazmi dan peguam Abdul Rahman Mohd Hazmi manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohamad Fillany Siji. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14912

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8360

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news