Kes culik laporan palsu, Dev Kumar 0 7195

Polis tidak menolak kemungkinan dua remaja yang didakwa diculik sebenarnya telah lari dari rumah.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar M.M Sree berkata pengadu dipercayai membuat laporan palsu.

“Polis percaya bahawa laporan adalah palsu. Bukan kes penculikan. Kita ada sebab utk mempercayai bahawa dua orang itu telah melarikan diri.” kata Dev.

Sebelum ini, seluruh Sarawak kecoh tentang kejadian dua remaja diculik.

Pengadu mendakwa beliau terkejut melihat adiknya, Dayang Siti Nur Safiqah Abang Ghazali, 17, dan anak saudara, Dayang Nurul Aina Najwa, 10, diculik di tepi simpang empat Kopodim, Jalan FAC hari ini.Menurut Dayang Siti Nurfatihah, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 3.15 petang tadi.

“Saya melihat mereka ditarik secara paksa oleh dua lelaki berpakaian berwarna hitam serta bertopeng ke dalam sebuah van putih.

“Bagaimanapun, nombor plat van itu tidak dapat dipastikan,” katanya.

Ekoran kejadian itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Gita.

Menurut bapa kepada Dayang Nurul Aina, Abang Nurazam meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan kedua-dua mangsa.

Membuat laporan palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Maklum.my

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13893

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13057

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news