Lelaki hilang ketika masuk hutan di Kampung Stom Muda di Lundu 0 6894

Lundu: Seorang lelaki dilaporkan hilang di hutan Kampung Stom Muda sekitar jam 8 pagi tadi.

Menurut info awal, mangsa yang dikenali sebagai Polus Anak Deng berusia 49 tahun di katakan masuk ke dalam hutan di belakang rumah membawa sebatang kayu.

Namun mangsa dilaporkan gagal pulang ke rumah. Susulan daripada kejadian pasukan Bomba telah dihubungi untuk mencari mangsa.

Setakat ini mangsa masih lagi gagal ditemui dan operasi mencari dan menyelamatkan terpaksa ditangguhkan sekitar jam 5.30 petang tadi memandangkan cuaca sudah gelap. – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12904

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12195

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news