Ketua Menteri umum peruntukan untuk pembangunan di Sibu Jaya 0 5631

SIBU: Ketua Menteri , Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan peruntukan untuk pembangunan di Sibu Jaya di sini semalam.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri satu majis mesra rakyat bersama warga Sibu Jaya semalam.

Abang Johari berkata ” saya mengumumkan untuk membuat satu dewan besar di Sibu Jaya . Dewan ini dibuat bagi mengeratkan perpaduan di Sibu Jaya dan untuk majlis keramaian seperti Majlis Nikah Kahwin juga dapat dibuat di dewan itu nanti.”

“Saya tidak dapat mengumumkan jumlah kos untuk membuat dewan berkenaan, disebabkan pegawai yang ditugaskan untuk mengira kos masih menjalankan kiraan untuk membuat dewan berkenaan,” ujarnya lagi.

Abang Johari juga mengumumkan bahawa pembinaan jalan sepanjang 6 kilometer bagi memudahkan urusan warga Sibu Jaya ke Bandar Sibu.

“Warga Sibu Jaya juga akan lebih senang untuk cepat sampai ke Bandar Sibu, dimana jalan sepanjang sepanjang 6 kilometer akan dibuat dan kos tersebut bernilai RM60 juta,” tambah Abang Johari lagi.

“Jalan tersebut akan dibuat daripada Sibu Jaya akan terus sampai ke Lanang, jadi orang Sibu Jaya tidak perlu menggunakan jalan kebiasaanya , ” ujarnya lagi.

“Jalan Raya ini akan dibuat dengan standard R3 dan saya mengarahkan jalan raya ini dibuat empat lorong,” jelasnya lagi.

Abang Johari yang berada di Sibu bagi membantu kempen calon Barisan Nasional bagi Parlimen Lanang dan Sibu .

Turut hadir, calon Barisan Nasional Parlimen Lanang, Kelvin Kong . –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15428

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news