PRU14: Sarawak simpanan tetap BN 0 5628

KUCHING: Melihat kepada perkembangan semasa, selepas kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang memasuki separuh tempoh perjalanannya hari ini, Sarawak dilihat terus berpotensi untuk kekal sebagai simpanan tetap Barisan Nasional (BN), namun sasaran BN Sarawak bukanlah ‘menang’ semata-mata, sebaliknya ‘menang lebih besar’.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkali-kali mengingatkan, terutama sejak kebelakangan ini bahawa beliau memerlukan mandat besar untuk membawa ‘satu suara Sarawak yang kuat’ untuk berunding dengan kepimpinan Negara, semuanya demi kesejahteraan penduduk Bumi Kenyalang ini.

Kata-kata azimat inilah yang dijulang, dan diulang dalam banyak kempen-kempen BN di Sarawak, terutama oleh Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian yang berulang-kali mengingatkan para pengundi khususnya kaum Cina, bahawa kaum itu perlu bersatu dalam memberikan mandat besar kepada ketua menteri untuk berunding dengan kerajaan Persekutuan.

Selepas PRU13 lalu, BN Sarawak membolot 25 kerusi Parlimen, dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) 14, manakala Parti Rakyat Sarawak (PRS) enam, Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) empat dan SUPP satu; manakala di pihak pembangkang DAP menduduki lima kerusi dan PKR satu.

Di atas kertas ternyata SUPP merupakan pemain utama BN yang menjadi tumpuan ramai untuk meraih kembali sokongan kaum Cina dalam usaha merampas kerusi-kerusi Parlimen yang dimiliki DAP.

Mood PRU14 di Sarawak secara keseluruhan jika dibandingkan dengan pilihan raya negeri (PRN), amat berbeza kerana suasana kehangatan kempen dirasakan lebih meriah dalam saingan PRN, mungkin kerana jumlah kerusi dipertandingkan lebih banyak, iaitu 82 kerusi DUN, dan politik tempatan lebih berwarna-warni, dipelbagaikan dengan agenda yang lebih bersifat dekat di hati.

Perang poster menjadi asam garam dalam pilihan raya, namun ia lebih meriah dan tertumpu kepada sekitar kawasan bandar disebabkan dua faktor, iaitu saingan yang lebih sengit, dan juga kawasan bandar yang lebih padat berbanding kawasan luar bandar yang cukup luas.

Bagi menteri-menteri Persekutuan dari Sarawak seperti Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof (Petra Jaya), Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim (Batang Lupar), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri (Batang Sadong), Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Santubong), dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem (Serian), mereka dilihat cukup selesa untuk bertanding mempertahankan kedudukan di kawasan Parlimen masing-masing.

Walaupun di atas kertas mereka lebih menyerlah dan dikenali ramai berbanding lawan masing-masing, namun setiap hari mereka tetap sentiasa turun padang berkempen seperti biasa.

Sejak pembubaran Parlimen, setiap hari dalam jadual mereka terdapat sekurang-kurangnya lima atau enam majlis yang akan dihadiri, menyukarkan pengamal media khususnya media tempatan, untuk memilih yang mana satu yang perlu diberi liputan.

Kempen-kempen mereka dilihat banyak mendapat liputan media terutama media tempatan, mungkin disebabkan hubungan baik yang sedia terjalin antara mereka dengan pihak media selama ini.

Di bahagian tengah Sarawak, saingan sengit juga terarah kepada dua kerusi yang didominasi kaum Cina, yakni kerusi Parlimen Sibu serta Lanang, dan apa yang menarik perhatian ramai adalah penampilan calon muka baharu Datuk Andrew Wong Kee Yew.

Beliau merupakan anak kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Perdagangan Sarawak Datuk Seri Dr Wong Soon Koh, tokoh yang bertindak keluar daripada SUPP pada 2014 dan menubuhkan UPP, namun memasuki gelanggang pilihan raya negeri Sarawak 2016 sebagai calon tanpa parti, sebagai prasyarat untuk bertanding atas tiket BN.

Lalu bertambah galak permainan ‘perang poster’ di sini kerana kawasan ini menepati ciri-ciri utama, iaitu ia kawasan bandar yang padat, dan saingannya amat sengit.

Di Sarawak, perkembangan politik negeri sebenarnya banyak berkisar kepada kepemimpinan utama, yakni Ketua Menteri, kerana beliau dilihat sebagai pemimpin utama yang dihormati serta disegani seluruh masyarakat.

Pembabitan beliau yang turut turun padang dalam kempen-kempen BN banyak membantu, biarpun sepanjang tempoh kempen sehingga kini Sarawak belum dikunjungi mana-mana ‘pemimpin besar dari Malaya’.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15273

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8402

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news