Kisah duka anak Penan berbaju lusuh ke sekolah 0 8098

Miri – “Nangis tidak berhenti, rindukan keluarga”. Itu situasi yang dialami oleh seorang guru di Sekolah Kebangsaan Long Kevok, Miri, apabila bertemu seorang murid tahun dua menangis tanpa henti merindukan keluarganya.

Menerusi Facebook Azmira Amran, beliau berkongsi kisah duka anak murid bernama Aray atau nama sebenar Reno.

Setibanya di sekolah, dia tertarik dengan murid ini kerana gaya rambutnya unik namun disebalik itu, dia terkejut melihat kanak-kanak kecil sedang menangis sambil menghadap kampung di bawah bukit.

“Apabila saya semakin dekat, dia menangis. Saya tidak tahu kenapa dia menangis, mungkin kerana kawan dia cuba menyakat dia? Ataupun kerana dia terlupa membawa pensil ke kelas? Saya cuba untuk jadi kawan namun dia terus menangis.

“Dia memakai pakaian seragam berdebu, dengan baju bertahi lalat kelihatan agak lusuh,” katanya.

Menurutnya, kanak-kanak dari keturunan kaum Penan itu sering kali tidak hadir ke sekolah dan tahun ini dia terpaksa tinggal di asrama kerana kedudukan kampung jauh dari sekolah.

Semalam adalah hari karnival dimana para ibu bapa akan datang ke sekolah namun kemungkinan ibu bapa kanak-kanak itu tidak dapat hadir atas beberapa faktor.

“Sesetengah kampung memang betul-betul jauh sehingga ada yang mengambil masa berjalan kaki untuk sampai ke sekolah.

“Dia rindu… dia menangis kerana dia merindukan keluarganya. Hati saya remuk ketika mengetahui hal ini,” katanya. – Sinar Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13962

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13127

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news