‘Kita tidak boleh puaskan hati semua pihak’ 0 5870

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak boleh memuaskan hati semua pihak dalam isu pelantikan enam anggota Pasukan Petugas Khas yang akan menyiasat kes kehilangan aktivis sosial, Amri Che Mat, dan Pastor Raymond Koh Keng Joo.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, sebarang aduan dikemukakan pihak tertentu berhubung pasukan itu akan dilihat kerajaan untuk penambahbaikan.

“Kita tidak boleh puaskan hati semua pihak, ada yang gembira dan ada yang tidak.

“Kita tidak boleh jamin 100 peratus puas hati bagi mereka yang berkait dalam perkara ini… sebarang aduan kita lihat untuk tambah baik,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030, di sini, hari ini.

Dr Mahathir mengulas kenyataan isteri Amri, Norhayati Ariffin yang dilaporkan tidak berpuas hati dengan pelantikan salah seorang anggota dalam pasukan petugas khas berkenaan yang diumumkan, semalam.

Norhayati mendakwa, bekas Ketua Bahagian Perundangan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mokhtar Mohd Noor, sebelum ini terbabit secara langsung dalam siasatan kehilangan Amri apabila pegawai penyiasat, Khor Yi Shuen memindahkan kes itu ke Bukit Aman.

Beliau mendakwa, kehadiran Mokhtar sebagai salah seorang anggota pasukan itu boleh mewujudkan percanggahan kepentingan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan pelantikan enam anggota pasukan itu yang diketuai bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Rahim Uda.

Selain Abd Rahim dan Mokhtar, pasukan itu turut dianggotai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM, Datuk Zamri Yahya.

Seterusnya, Pengarah Bahagian Operasi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP), Datuk Muhammad Bukhari Ab Hamid; Pegawai Undang-Undang Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara (AGC), Mohd Sophian Zakaria; dan Setiausaha Bahagian, Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) Kementerian Dalam Negeri, Mohd Russaini ldrus. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12928

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12216

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news