Klinik 1Malaysia tukar nama jadi klinik komuniti 0 5770

Kementerian kesihatan hari ini mengumumkan Klinik 1Malaysia akan dijenamakan semula sebagai Klinik Komuniti.

Operasi keseluruhannya akan dinilai semula dengan klinik yang tidak digunakan secara optimum akan ditutup manakala yang kekal beroperasi akan dibekalkan dengan doktor dan pegawai farmasi.

Perkara itu diumumkan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

“Kami memutuskan untuk memberi nama baru iaitu klinik komuniti bagi menggantikan klinik 1Malaysia.

“Ini sejajar dengan matlamat kami agar klinik ini menawarkan khidmat kepada komuniti sama ada di bandar, luar bandar dan pinggir bandar,” katanya.

Selain itu, katanya lagi, klinik tersebut yang sebelum ini dikritik kerana tidak menyediakan doktor juga akan dibekalkan dengan pegawai perubatan dan pegawai farmasi, atau sekurang-kurangnya penolong pegawai farmasi.

“Ini untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan,” kata anggota parlimen Kuala Selangor itu lagi.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15409

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news