Sarawak tidak akan failkan kes di Mahkamah Tinggi – Sharifah Hasidah 0 5580

KUCHING: Kerajaan negeri tidak akan memfailkan kes di Mahkamah Tinggi untuk menuntut hak ke atas minyak dan gas di negeri ini.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (gambar) berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan pada 22 Jun lalu sudah memadai untuk Sarawak melindungi hak ke atas minyak dan gas menerusi Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958.

“Tidak, kerajaan negeri tidak akan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi. Kenapa kita perlu berbuat demikian. Kita telah menang kes in. Apa yang anda mahu kami isytiharkan di Mahkamah Tinggi…Tidak ada.

“Jika Petronas hendak membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi, itu hak mereka, itu prerogatif Petronas…Saya tidak tahu sama ada mereka akan berbuat demikian atau tidak dan saya tidak boleh bercakap bagi pihak mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dan Wanita Parti Gabungan Sarawak (GPS) di kediaman Ketua Wanita PBB, Dato Sri Fatimah Abdullah di sini, hari ini.

Sharifah Hasidah yang berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Stampin yang juga Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen Ahad lalu, menasihati kerajaan negeri memfailkan kes itu di Mahkamah Tinggi jika ia serius menuntut semula haknya ke atas minyak dan gas di negeri ini.

“Kita (kerajaan negeri) tidak mendengar nasihat daripada YB Chong. Kerajaan negeri akan membuat keputusan sendiri.

“Setakat ini keputusan Mahkamah Persekutuan memadai untuk melindungi hak-hak kita melalui OMO 1958 di mana kes Petronas telah diketepi dan ditolak.

“Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, maka kita boleh melaksanakan OMO 1958 berkuat kuasa 1 Julai ini, di mana kita boleh mengawal selia aktiviti-aktiviti huluan di dalam sempadan negeri Sarawak,” jelasnya.

Sharifah Hasidah turut mengatakan Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) dan OMO 1958 tidak bercanggah kerana kedua-dua undang-undang itu dilihat dan dibaca bersama dalam kepentingan Sarawak.

Ujarnya lagi, OMO 1958 adalah undang-undang yang sah dan terpakai di negeri Sarawak.

“Apa yang kita mahu ialah Petronas mematuhi undang-undang negeri kerana undang-undang ini adalah sah.

“Petronsa boleh datang ke Sarawak tetapi mereka mesti mematuhi undang-undang negeri iaitu OMO 1958 (dengan keputusan Mahkamah Persekutuan),” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13470

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8145

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news