KM: Sinar di hujung terowong untuk NCR, Pemakai Menoa dan Pulau Galau 0 5602

KUCHING: Komuniti orang asal Sarawak bakal menerima ‘hadiah’ daripada kerajaan negeri pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Julai ini.

Hadiah tersebut menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg adalah berkaitan dengan tanah hak adat bumiputera (NCR), Pemakai Menoa (PM) dan juga Pulau Galau (PG).

Jelas Abang Johari, kerajaan negeri menyedari bahawa tiga isu ini adalah sensitif dan dekat di hati para pemilik tanah.

“Pasukan petugas diketuai Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan jawatankuasa kerja diketuai Datu Jaul Samion telah bekerja keras untuk menyelesaikan isu ini.

“Pasukan petugas telah membawa perhatian saya beberapa cadangan untuk menangani isu Pemakai Menoa dan Pulau Galau.

“Akhirnya kita kini dapat melihat sinar di hujung terowong,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Negeri di Pusat Konvensyen Penview (PCC), dekat sini malam tadi.

Tambah Abang Johari, beliau akan membawa perkara ini untuk perbincangan pada Mesyuarat Kabinet yang akan datang dalam beberapa hari lagi.

Beliau juga memberi jaminan hadiah bakal menanti komuniti orang asal Sarawak pada Persidangan DUN yang akan berlangsung pada 9 hingga 18 Julai ini. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15411

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news