Pemandu Grab ditemui mati dibunuh 0 5595

GOMBAK – Seorang pemandu Grab dipercayai mangsa bunuh ditemui dalam kereta miliknya di tempat letak kenderaan Taman Selayang Baru malam tadi.

Mangsa, Aiman Nosri, 27, ditemui pada pukul 8.20 malam dalam keadaan terlingkup di bahagian penumpang belakang dalam kereta jenis Perodua Myvi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Tey Kong Seng berkata, pihak polis menerima aduan daripada bapa tiri mangsa yang mengatakan kereta lelaki itu ditemui di kawasan letak kenderaan Taman Selayang Baru.

“Bertindak atas laporan itu, sepasukan polis bersama pengadu ke lokasi sebelum menemui mangsa dengan kesan melecet pada lehernya.

“Mangsa berasal dari Nilai, Negeri Sembilan itu ditemui dalam keadaan terlingkup di tempat duduk penumpang belakang, namun tiada kesan kecederaan yang ketara pada badan mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya lagi, hasil siasatan polis menjumpai dua buah telefon bimbit, namun tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan polis,” ujarnya. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13551

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news