KUALA LUMPUR 25 Sept. – Komposer yang juga pejuang lagu-lagu irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau lebih mesra disapa Pak Ngah meninggal dunia di Batam, Indonesia pada pukul 3.05 petang tadi.
Mengesahkan berita duka itu, penyanyi terkenal Noraniza Idris berkata, beliau dimaklumkan mengenai pemergian Pak Ngah menerusi anak komposer itu, Megat. – Utusan Online