Komunis Bukan Pejuang Kemerdekaan 0 5956

KANGAR – Generasi muda khususnya para aktivis perlu sedar bahawa komunis bukannya pejuang kemerdekaan sebaliknya sebuah gerakan dari China dan Vietnam yang datang ke Tanah Melayu untuk menyebarkan 
ideologi mereka.

Pakar sejarah yang juga penulis buku teks Sejarah Tingkatan Tiga dan Lima, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, me­re­ka yang benar-benar pejuang pada masa itu ialah askar Melayu, polis serta anggota kese­lamatan lain untuk memerangi komunis.

Katanya, ideologi ko­­munis yang dibawa masuk dan cuba di­se­barkan di seluruh negeri jelas te­lah ditolak oleh British dan orang Melayu pada masa itu.

“Hari ini, generasi muda terutama yang ingin menjadi aktivis sama ada dia tidak tahu sejarah atau tidak pernah belajar sejarah perlu mengetahui dan baca mengenai sejarah ini. Sejarah yang berlaku tidak boleh diubah.

“Tidak kisahlah soal hari ini mereka hendak jadi liberal atau apa-apa sekalipun, ja­ngan kacau sejarah. Sejarah khususnya buku teks telah ditulis oleh individu yang membuat kajian serta mahir yang dipilih oleh Kementerian Pendidikan.

“Ia bukan isu politik tetapi sejarah sebenar yang berlaku pada masa lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai forum bertajuk Perlukah Kita Menulis Semula Buku Teks? yang dianjurkan Imagined Malaysia bagi membincangkan peranan komunis sebagai pejuang kemerdekaan dan sama ada pihak kerajaan perlu mengubah sejarah zaman darurat.

Dalam forum tersebut, beberapa panelis menggesa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menilai semula buku teks sejarah dan memasukkan fakta mengenai perjuangan kemerdekaan puak berhaluan kiri dalam naskhah rujukan utama pelajar sekolah itu.

Menurut aktivis PH, Fadiah Nad­wa Fikri, perjuangan puak berhaluan kiri tersebut merupakan fakta yang tidak dimasukkan di dalam buku teks sedia ada walaupun para pejuang berkenaan turut sama berjuang untuk kemerdekaan negara.

Dia yang juga seorang peguam dilaporkan berkata, fakta tersebut perlu dimasukkan ke dalam buku teks Sejarah bagi memberi kefahaman kepada pelajar dan masyarakat mengenai Malaysia sebagai sebuah negara.

Mengulas lanjut, Ramlah yang juga Pe­ngarah Pusat Kajian Institusi Raja, Kepimpinan dan Komuniti, Universiti Malaysia Perlis (Unimap) berkata, buku teks Sejarah yang ditulisnya memasukkan mengenai komunis iaitu berdasarkan peristiwa yang berlaku.

Katanya, buku teks itu ditulis berdasarkan silibus Kementerian Pelajaran yang memasukkan semua kumpulan yang terlibat dalam peristiwa besar bersifat kebangsaan.

“Kita tulis sejarah politik, ekonomi, kerajaan-kerajaan Melayu, tokoh-tokoh dan semua kaum. Malah peristiwa berkaitan komunis juga ditulis dalam buku teks Sejarah iaitu bila kewujudannya, bermula daripada mana, apa perjuangannya, semua ditulis,” katanya. -Utusan Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13522

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news