Kos purata turunkan logo 1Malaysia kurang RM18,500 0 5711

PARLIMEN | Kerajaan membelanjakan purata RM18,491 untuk menurunkan setiap logo 1Malaysia yang ada di pusat transformasi bandar (UTC) di seluruh negara.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata secara keseluruhan ada 25 logo 1Malaysia dan 1Negaraku Malaysia di 21 UTC seluruh negara.

Kata Lim langkah itu dibuat hanya melibatkan UTC saja dan tidak melibatkan premis awam lain.

“Logo 1Negaraku Malaysia di UTC seluruh negara diturunkan ketika usia pusat terbabit melebihi tiga tahun dan sedang dalam fasa pemuliharaan bangunan, membabitkan kerja-kerja mengecat semula dan penggantian logo baru.

“Ia bermula dari 12 Apr 2018 hingga 31 Mei 2018,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh).

Terdahulu Annuar bertanya mengenai peruntukan yang digunakan untuk menurun atau membuang logo 1Malaysia di semua premis awam.

“Apakah rasional tindakan berkenaan dilakukan pada kadar segera?” kata Annuar.

Menurut Lim kerja-kerja pemuliharaan berkenaan selaras dengan keputusan mesyuarat khas ketua setiausaha kementerian dan ketua perkhidmatan pada 12 Mei 2018.

Katanya penurunan logo tersebut dibuat tanpa melibatkan kos tambahan yang besar dan perlu dilaksanakan atas dua faktor, iaitu:

tempoh projek yang pendek, justeru arahan perlu dikeluarkan sebelum tempoh projek tamat

kemajuan kerja projek yang masih berbaki, justeru arahan dikeluarkan segera agar kos penurunan logo dapat ditampung oleh baki kemajuan tanpa sebarang pertambahan siling peruntukan yang disebabkan oleh arahan perubahan kerja. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15396

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8417

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news