SUPP kecam tindakan henti penghantaran pegawai veterinar bantu pemvaksinan rabies 0 5520

KUCHING: Tindakan kerajaan persekutuan menghentikan penghantaran pegawai veterinar bagi membantu dalam pemvaksinan rabies di Sarawak dikecam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Ketua Pemuda SUPP Michael Tiang berkata keputusan itu tidak seharusnya dibuat oleh kerajaan yang dipilih rakyat dan untuk rakyat.

Beliau berkata keputusan itu tidak seharusnya diambil kerana kes-kes baharu rabies masih berlaku dan direkodkan hampir setiap hari di negeri ini.

“Ini adalah kerajaan baharu yang dibentuk oleh Pakatan Harapan (PH) tetapi mengambil keputusan untuk tidak membantu Sarawak membasmi rabies.

“Adakah ini menyampaikan mesej kepada rakyat Sarawak iaitu nyawa kita tidak layak mendapat bantuan atau perhatian daripada kerajaan persekutuan?” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat SUPP di sini semalam yang turut dihadiri Setiausaha Pemuda SUPP Milton Foo.

Tiang menambah, alasan kekangan kewangan diberikan kerajaan persekutuan tidak boleh diterima terutama apabila ia melibatkan nyawa.

Sarawak katanya, menyumbang hampir satu pertiga daripada pendapatan negara.“Ke mana wang ini dibelanjakan? Adakah benar tiba masanya untuk kerajaan pusat memulangkah 50 peratus daripada hasil kutipan cukai kepada kita dan 20 peratus royalti minyak dan gas seperti dicanangkan dalam manifesto mereka pada  PRU lalu,” katanya.

Sementara itu, Foo mempersoalkan menteri daripada PH Sarawak serta 12 Ahli Parlimen dari negeri ini yang tidak mempertahankan kepentingan Sarawak.

“Pengerusi PH Sarawak (Chong Chieng Jen) adalah timbalan menteri dan pengerusi PKR (Baru Bian) pula menteri penuh tetapi mereka tidak mempertahankan hak-hak Sarawak,” katanya.

Kelmarin, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilaporkan sebagai berkata Jabatan Veterinar Persekutuan telah menghentikan penghantaran pegawai-pegawai veterinar ke Sarawak untuk membantu kerja pemvaksinan disebabkan kekangan peruntukan.

“Ia suatu yang amat menyedihkan, Jabatan Veterinar Pusat berdepan kesukaran membantu usaha kita memastikan Sarawak bebas rabies dan kita merayu agar mereka mengkaji semula keputusan ini,” katanya.

Uggah yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata beliau akan berkomunikasi dengan Salahuddin Ayub semula.

Katanya perkara itu telah dimaklumkan kepada Salahuddin ketika beliau mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 6 Julai lepas.“Setakat ini, kita masih menunggu maklum balas daripada beliau,” ujarnya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13535

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news