Kualiti udara di ILP Miri dan Sri Aman bertambah baik 0 37

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Stesen Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri dan Sri Aman menunjukkan penurunan ketara dan kini ditahap sederhana.

Berdasarkan laporan gang dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak setakat jam 9 pagi hari ini, kualiti udara di dua stesen itu menunjukkan bacaan IPU iaitu ILP Miri 92 dan Sri Aman 63.

Malah, kualiti udara seluruh kawasan di Sarawak juga ditahap sederhana dengan bacaan IPU di bawah 100.

Bacaan IPU bagi Stesen Miri, 59, Sekolah Kebangsaan Kuala Baram (61), Kuching (77), Samarahan (75), Sarikei (67), Sibu (60), Samalaju (59), Bintulu (59), Mukah (55), Kapit (54) dan Limbang (55).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Malah, tiada jumlah titik panas dikesan berlaku di negeri ini.

Bagi status jarak ketampakan pula, Kapit 4 kilometer (KM) , Kuching 6 KM, Mulu 7 KM, Bintulu dan Limbang 10 KM, Sibu 12 KM, Sri Aman 16 KM dab Miri 30 KM

Jarak ketampakan normal 10 Kilometer dan ke atas.

Sementara itu, sebanyak 429 kes kebakaran hutan, belukar dan tanah gambut dilaporkan berlaku di seluruh Sarawak bagi tempoh 1 Ogos sehingga setakat jam 10.30 malam semalam.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak, jumlah kawasan terjejas akibat kebakaran itu adalah seluas 1238 ekar sepanjang tempoh tersebut.

Setakat ini, dua rumah penduduk terjejas akibat kebakaran tersebut iaitu sebuah rumah di Kampung Sedi, Pulai Bruit terbakar 100 peratus dan sebuah lagi di Kampung Sangki, Simunjan hangus 10 peratus.

Secara purata JBPM Sarawak bertindak 30 kes kebakaran api belukar setiap hari yang mana jumlah kes tertinggi dalam tempoh sehari dicatatkan pada 12 Ogos iaitu 65 kes diikuti 10 Ogos dengan 58 kes dan 11 Ogos 55 kes.

Selain itu, empat kes baharu kebakaran belukar berlaku di Kuching, Sri Aman, Betong dan Miri semalam.

Manakala 11 kawasan di negeri ini masih terlibat dalam operasi pemadaman berterusan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terung asam bakal tembusi pasaran Singapura 0 25

BAU: Terung asam ataupun dikenali sebagai Terung Dayak merupakan salah satu produk Sarawak yang bakal menembusi pasaran antarabangsa tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglass Uggah Embas berkata, negara Singapura kini berminat untuk membeli produk Sarawak seperti udang, terung asam, jambu batu dan ikan tilapia.

Sehubungan itu, beliau menggesa para petani dan para usahawan untuk tidak melepaskan dan memanfaatkan peluang berkenaan.

Jelasnya, Sarawak harus memastikan jumlah produk berkenaan sentiasa mencukupi memandangkan ianya akan mempunyai pasaran baharu dan akan memastikan kualiti untuk setiap produk.

Tambah beliau lagi, setakat ini Sarawak telah mengeksport 1,200 babi hidup setiap minggu ke Singapura.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan pelancaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serembu di Dewan Serba Guna Kampung Skio semalam.

Pada majlis yang sama, beliau turut meluluskan geran RM500,000 untuk penanaman halia, nanas dan jagung muda di kawasan DUN Serembu.

Beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah menegaskan kerajaan kini sedang dalam proses mengubah sektor pertanian negeri menerusi pertanian moden.

Spread the news

17 nelayan Vietnam ditahan, bot dirampas di Bintulu 0 27

BINTULU: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas sebuah bot nelayan Vietnam bersama peralatan dan pelbagai jenis ikan yang dianggarkan bernilai hampir RM1juta dalam Ops NagaTimur 01/19
kira-kira 106 batu nautika dari utara Tanjung Kidurong, Bintulu, Ahad lalu.

Dalam operasi tersebut, agensi itu turut menahan 17 krew vessel berumur antara 18 hingga 49 tahun.

Timbalan Pengarah Zon Maritim (Operasi) Bintulu, Komander Maritim Effendy Mohamed Fadil dalam sidang medianya berkata kesemua suspek ditahan oleh Kapal Maritim Sri Aman (KM Sri Aman) yang sedang mengadakan rondaan operasi sempena Op Naga Timur 01/19 kira-kira jam 8 pagi.

Beliau berkata vesel nelayan asing terbabit disyaki telah melakukan aktiviti penangkapan ikan tanpa kebenaran dan tidak memiliki permit penangkapan ikan yang sah di perairan Malaysia.

Vesel bersama suspek, katanya, ditunda masuk ke Pelabuhan Kedua Bintulu untuk siasatan lanjut.

Kesemua krew warganegara Vietnam terbabit kini direman selama 14 hari dan akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, tambah Effendy lagi.

Beliau, dalam pada itu, berkata Maritim Malaysia Zon Maritim Bintulu sentiasa mengalu-alukan orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan perlakukan jenayah, kemalangan atau insiden di laut.

Maklumat, katanya, boleh disalurkan terus ke pusat operasi Zon Maritim Bintulu di talian 086-314237 atau melalui laman facebook: Zon Maritim Bintulu & TWITTER: Zon Maritim_Bintulu@ZBintulu. – SarawakVoice

Spread the news
DON’T MISS OUT!
Subscribe To Newsletter
Be the first to get latest updates and exclusive content straight to your email inbox.
Stay Updated
Give it a try, you can unsubscribe anytime.
close-link