Kuching FA terus cemerlang, terbaru Shahzan Muda jadi mangsa di Stadium Negeri petang tadi 0 5782

KUCHING: Kuching FA meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Kumpulan A Piala FAM 2018 apabila menewaskan Shahzan Muda 1-0 di Stadium Negeri, hari ini.

Jaringan lewat penyerang sensasi, Mohd Shahfitri Salim pada minit ke-88 membolehkan tuan rumah meraih tiga mata penting.

Tolakan mudah Shahfitri selepas menerima umpanan pemain gantian Ismail Bujang menewaskan penjaga gol, Muhammad Saufi Mohd. Kemenangan itu sekali gus membolehkan skuad warga kota mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Kumpulan A.

Babak pertama menyaksikan tuan rumah lebih banyak menguasai perlawanan denganserangan bertali arus memburu gol pembukaan.

Namun peluang yang dicipta gagal diterjemah kepada jaringan ketika beraksi di laman sendiri.

Ternyata pelawat tidak memberi laluan mudah kepada pendahulu Kumpulan A untuk mencetak kemenangan.Sebaliknya terus kental bertahan walaupun sering diasak jentera serangan Kuching FA.

Bersambung separuh masa kedua, anak buah Shahrizan Sahari melancarkan serangan untuk mencipta jaringan.Hasrat Shahzan Muda pulang dengan satu mata tidak kesampaian apabila gawang yangdipertahankan selama 87 minit bolos.

Skuad Kuching FA kini mengumpul 10 mata hasil daripada tiga kemenangan dan sekali seri selepas mengharungi empat perlawanan.

Kuching FA dijadualkan menentang pasukan MOF pada 8 April ini di tempat lawan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13429

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8133

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news