Ladies Night antara punca kehamilan luar nikah – Fatimah Abdullah 0 5975

KUCHING: ‘Ladies Night’ kini menjadi kebimbangan baharu, yang dikenalpasti sebagai antara punca kehamilan luar nikah di negeri ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia kerana acara yang dianjurkan oleh pusat hiburan itu boleh mengundang kepada seks luar nikah.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ibu bapa amnya supaya sentiasa memantau anak-anak agar tidak terjerumus dalam pesta mabuk tersebut.

“Kalau ada remaja bawah umur yang terlibat, mereka adalah yang paling berisiko tinggi kerana aktiviti ini boleh menjurus ke arah keterlanjuran,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Sehenti Kehamilan Remaja (OSTPC) Sarawak di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis dan Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Rosey Yunus.

Menurut Fatimah, ‘Ladies Night’ kebiasannya diadakan pada setiap malam Rabu dan Sabtu, di mana ia menawarkan minuman keras khas secara percuma kepada wanita.

Malah, ia turut diiklankan menerusi mediasosial seperti Facebook untuk menarik kehadiran pelanggan.Terdahulu, Fatimah menjelaskan bahawa sebanyak 973 kes kehamilan remaja direkodkan di seluruh Sarawak dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Bagaimanapun, trend kes tersebut adalah menurun berbanding tempoh sama tahun lepas, yang merekodkan sejumlah 1,135 kes.

Selain itu, beliau berkata, kebanyakan kes kehamilan remaja adalah melibatkan remaja yang tidak bersekolah/ berhenti sekolah di mana daripada 973 kes setakat Jun tahun ini, 879 kes adalah membabitkan golongan remaja berkenaan.

Sementara itu, Fatimah berkata, Jabatan Kesihatan kini memperkenalkan Klinik Ikon Mesra Remaja yang menawarkan khidmat nasihat kepada para remaja di Sarawak untuk menyuarakan masalah yang dihadapi mereka.Katanya, untuk permulaan, inisiatif baharu itu akan dijalankan di Klinik Kesihatan Kapit dan Klinik Kesihatan Bintulu.

“Klinik Ikon Mesra Remaja ini diharap mula beroperasi pada penghujung tahun ini, yang akan menempatkan ahli psikologi dan perunding untuk memberi khidmat nasihat kepada mana-mana remaja, sama ada berbincang mengenai isu kesihatan, tekanan atau masalah lain yang dialami mereka.” – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15396

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8417

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news