Lebih 2,000 berkumpul, halang FRU masuk 0 6136

Berita Harian

LOG MASUK
BERITA»Kes
Isnin, 26 November 2018 | 11:40pm

ORANG awam menghalang kenderaan FRU masuk ke jalan hadapan Kuil Sri Mariamman. – Foto SAIFULLIZAN TAMADI
Lebih 2,000 berkumpul, halang FRU masuk
Oleh Wartawan NSTP
[email protected]
Share

Tweet

Share
SUBANG JAYA: Lebih 2,000 orang awam berkumpul di hadapan kuil Maha Mariamman sejak 8 malam tadi susulan insiden di rumah ibadat itu awal pagi tadi.

Mereka mula memenuhi laluan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), sekali gus yang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk menghala ke Shah Alam.

Sebanyak tujuh trak Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba di hadapan kuil berkenaan jam 10.30 malam bagi mengawal keadaan.

KENDERAAN FRU dihalang oleh orang ramai. Foto SAIFULLIZAN TAMADI
Bagaimanapun trak berkenaan termasuk kenderaan orang awam tidak dapat bergerak sejak sejam lalu apabila ditahan kumpulan berkenaan.

Sebelum itu, kira-kira jam 9 malam tadi, sebuah kereta Perodua Kembara milik orang awam yang lalu di hadapan kuil ditahan dan dipecahkan.

Sehingga jam 11.30 malam, pasukan FRU tidak dapat melakukan sebarang tindakan kerana dihalang memasuki lokasi.

Media melaporkan sebanyak 18 kenderaan dibakar dan sebuah MPV polis dibaling batu dalam kejadian rusuhan di tapak kuil berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, puluhan individu berkumpul dan merusuh di kawasan tapak kuil berkenaan sebelum tercetus pergaduhan di lokasi terbabit.

Difahamkan, perselisihan faham antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil itu menjadi punca pergaduhan berkenaan. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13856

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13025

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news